Category Archives: News Update

Meterai kerjasama strategik – Sinar Harian

SATUMARIN Sdn Bhd (Satumarin), syarikat milik penuh Bumiputera, memeterai kerjasama dengan Marine Nexus, perintis urus niaga perkapalan dalam talian yang berpangkalan di Singapura, bagi menawarkan kepakaran maritim dalam perkhidmatan perkapalan secara dalam talian kepada pelanggan di peringkat global.

Dalam satu kenyataan, Satumarin berkata, kerjasama itu membolehkan Satumarin, sebagai pembekal perkhidmatan kepakaran marin di luar pesisir dan logistik, untuk memberi manfaat kepada pengguna Marine Nexus, terutamanya pembekal dan pemerolehan kapal, dalam meneruskan perkhidmatan tersebut. Continue reading Meterai kerjasama strategik – Sinar Harian